tag:blogger.com,1999:blog-2295732718611099372.post5800492674185341200..comments2023-11-03T19:03:23.121+08:00Comments on Pakatan Rakyat Malaysia: Kerajaan 'haram' Perak jejas institusi Raja, hilang keyakinan pelabur - HarakahBillgateshttp://www.blogger.com/profile/01479757160705367450noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2295732718611099372.post-4791412436292856452009-02-13T01:14:00.000+08:002009-02-13T01:14:00.000+08:00Saya juga merasakan Datuk Dr. Zamri serta rakan-ra...Saya juga merasakan Datuk Dr. Zamri serta rakan-rakan patut merasa malu kerana menjadi 'pak sanggup' menawarkan diri menjadi 'pembesar-pembesar' negeri Perak yang baru. Lebih baik lagi sikap bekas MB Perak, Datuk Tajol Rosli yang berani meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak secara berhemah dan penuh bertanggungjawab. Sebaliknya cara Datuk Dr. Zamri 'naik' cuma mendapat restu Paduka Seri Sultan Perak tetapi bukan oleh majoriti rakyat Perak (itupun setelah Paduka Seri Sultan Perak mendengar nasihat Datuk Seri Mohd Najib yang kebetulan ayahandanya Tun Abdul Razak mempunyai hubungan rapat dengan Tuanku Raja Azlan). Selain patut merasa malu kerana menjadi Menteri Besar yang paling tidak direstui rakyat (dan setengah pihak langsung membencinya), Datuk Dr. Zamri juga patut sedar yang beliau pastinya akan menghadapi pelbagai kesukaran untuk memerintah negeri dan beliau juga tidak akan pernah merasa selamat dengan jawatan tersebut. Yang jadi persoalan..., Datuk Dr. Zamri ni 'berjuang' untuk siapa dan untuk apa dia menyanggupi menjadi Menteri Besar Perak ketika dalam krisis sebegini? Jika dahulu pernah beliau berjuang untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dianiayai Tun Dr. Mahathir, sekarang ke mana perjuangan tersebut? Sekarang ini perjuangan apa? Adakah perjuangannya sekarang ini dianggap begitu bererti bagi dirinya? Sebusuk-busuk Tun Dr. Mahathir sekalipun dia masih dan sentiasa berpegang dengan apa sahaja prinsipnya sejak dari dahulu hingga sekarang, tapi bagaimana dengan Datuk Dr. Zamri.... Sesungguhnya tidak mudah bagi seseorang itu untuk dianggap berbakti, berjasa, berjaya dan bermaruah jika sering 'mendurja perjuangan'...!aezolhttps://www.blogger.com/profile/00370224840840914955noreply@blogger.com