Friday, November 7, 2008

Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin - Malaysiakini

Nov 7, 08 7:12pm

Pakatan Rakyat mendesak tindakan tegas diambil terhadap ahli parlimen BN Datuk Tajuddin Abdul Rahman kerana menggunakan perkataan biadap dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

"Untuk menjaga kemulian dan maruah parlimen, ahli-ahli parlimen DAP dan Pakatan akan mendesak tindakan paling keras diambil terhadap Tajuddin bagi perilaku kasarnya apabila menuturkan perkataan bastard (anak haram) dan bloody bastard di Parlimen terhadap seorang ahli parlimen lain.

"Perkataan sebegitu tidak patut didengar sekali lagi dalam dewan Parlimen Malaysia," kata ahli parlimen popular DAP Lim Kit Siang.

Kelmarin, Tajuddin menyerang seorang wakil DAP M Kulasegaran denga kata-kata kesat itu selepas wakil Ipoh Barat mendakwa penduduk India di kawasan pemimpin Umno itu membencinya.

Setelah ditegur yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, beliau menarik balik kata-kata itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, Tajuddin patut digantung sekurang-kurangnya setahun kerana menggunakan perkataan tersebut, memandang beberapa wakil pembangkang dikenakan tindakan keluar dewan atas kesalahan kecil.

Semalam dua wakil rakyat DAP Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) digantung sehari daripada menghadiri sidang dewan kerana membantah keputusan Pandikar Amin berhubung kata-kata Tajuddin.

Selasa lalu, Tian Chua (PKR-Batu) digantung kehadirannya kerana membantah langkah pembentangan pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion, yang didakwa melanggar peraturan tetap Dewan Rakyat, oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) digantung dua hari kehadirannya kerana menuduh yang dipertua dewan membuat keputusan "main-main" berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwanya menghina orang buta.

Lim menambah, jika Tajuddin dibiarkan lepas daripada sebarang tindakan, kata-kata carutan akan lebih sedang dilontarkan di dalam Parlimen.

Ahli parlimen Ipoh Timur berkata, penarikan balik kata-kata Tajuddin tidak dapat menghilangkan kerosakan yang ditimbulkan.

3 comments:

sharas said...

This will be a great issue fo the GE 13 campaign

KITAS said...

ini lah barisan nasional dan ahli parlimen umno.mulut celupar,i rasa speaker dewan yg kena tendang keluar dulu, terlalu bodoh dan tidak adil utk mengendalikan parlimen, i rasa speaker dan timbalannya tidak layak lagi jadi org tengah, ahli parlimen pasir salak ini sejak kebelakangan ini membangkitkan sentimen perkauman dalam parlimen,bila nak cakap pasal islam atau hak melayu tgk dgn penuh semangat mempertahankan dan dgn rakus sekali cakap, tgk muka dia pun nampak muka perkauman,patut pun org india kat tempat dia itu membenci dia,apa yg ipoh barat cakap itu betul, kalau tidak knp dia nak marah,nak mencarut pun agak2lah, takkan nak cakap "anak haram" kat ipoh barat mcm itu,tidak berprofesional langsung,mcm mana dia boleh jadi ahli parlimen, i pun taktahu,rakyat telah silap memilih dia.bila pembangkang nak bangkitkan isu kaum india atau cina, dia selalu melenting mcm org gila,bila pembangkang luah rasa tak puas hati terhapap menteri atau ahli parlimen lain dia marah, tapi dia boleh mencarut dkt pembangkang atau melenting mcm org sasau kat parlimen, seorang yg racist, i rasa speaker harus berlaku adil, pasir salak patut digantung at least 1 week masuk ke parlimen kerana mencaraut, tapi speaker senang je cakap sudah selesai,dia harus tendang pasir salak keluar dari dewan pada masa itu juga, bukannya suruh tarik balik,,kalau pembangkang i rasa speaker dah tentu usir keluar dari dewan,sejak kebelakangan ini dah beberapa ahli parlimen pembangkang kena usir dari dewan walaupun kesalahan yg mereka buat tidaklah begitu besar.speaker haruslah bersikap profesional dan terbuka mendengar dari kedua-dua belah,tahulah speaker dari BN tapi nampak sgt ketidaadilan speaker dan timbalannya. ahli parlimaen pasar salak harus hantar ke hospital sakit jiwa perkauman kerana sikap perkaumannya telah sampai ke puncaknya.pasir salak mental......

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

DALAM PARLIMEN MEREKA BEBAS UNTUK BERDEBAT DENGAN CARA TERSENDIRI. PERKATAAN YANG DIGUNAKAN ADALAH SESUAI DENGAN KONTEKS YANG DIRUJUK. MUNGKIN TIDAK SESUAI DI LUAR PARLIMEN.

SAYA SOKONG PARLIMEN BEBAS CAKAP APA SAJA.