Thursday, May 21, 2009

Zaid Ibrahim's Maiden Blog Posting

Hulubalang Utama Dato najib
21 05 2009

Dato Seri Najib dalam temuramahnya dalam Straits Times dan Business Times kelmarin menunjukkan sikap yang berani apabila beliau berkata bahawa cara tradisional yang digunakan olih kerajaan dalam menetukan kuota dan kepentingan ekuiti kapada bumiputra perlu dikaji semula. Ini kerana ia membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga apabila amalan meritokrasi diabaikan Bumiputra juga menjadi lemah. Cara agihan yang baru perludi perkenal dan dilaksanakan , kata nya.

Pengumuman besar yang berbunyi progresif dan liberal ini selalu didengar apabila kita ada PM yang baru.Dr Mahathir dan Abdullah Badawi juga melaungkan slogan dan dasar yang berbunyi progresif dan dan baru apabila mula mula jadi PM. Malangnya mereka tidak bersungguh sungguh menjayakan apa yang dikatakan.

Saya juga sangsi PM baru kita akan berjaya.Kalaudia berani dan mahu berubah mengapa wawancara dibuat dalam akhbar bahasa Inggeris bacaan orang bisness sahaja.Bukan kah lebih meyakinkan kita kalau wawancara itu dibuat dengan Utusan Malaysia, akhbar yang kata orang, pembina minda rakyat. Saya ingin melihat Dato Seri Najib membuat ucapan ini dan kupasan panjang lebar tentang perubahan Dasar Bumiputra ini dalam Kongress Khas UMNO mithal nya. Sudah sampai masa nya beliau membuat peta baru tentang arah tuju negara Malaysia dan Bangsa Malaysia. Dan juga peta baru untok UMNO

Apabila Dato Seri Najib mengatakan bahawa semua warlords (hulubalang) dalam UMNO adalah kawan beliau, dan dia lah warlord yang terbesar, saya bimbang kalau beliau merasa terlalu yakin atau overconfident. Olih kerana saya ingin melihat reformasi nya berjaya, saya ingin memberi pesan kapada nya bahawa warlords yang dikatakan kawan nya itu sabenarnya kawan kawan sementara sahaja. Tidak lama lagi beliau akan merasa tekanan dan ugutan. Mereka ini bisa dan bengis.Kalaupun Dato Seri Najib warlord yang utama buat masa ini, elok juga beliau menoleh kabelakang untuk keselamatan politik nya.

PM tidak perlu takut orang Melayu akan marah kepadanya kalau dia membuat perubahan terhadap dasar ekonomi . Perubahan yang adil dan yang memberi keutamaan kapada yang wajar dan yang memerlukan tidak akan menimbulkan kemarahan sesiapa, baik pun orang Melayu. Yang marah ialah golongan yang selalu mendapat habuan dan upah kerana mereka ada kaitan politik dan kaitan orang yang berkuasa.Yang diperlukan daripada PM ialah dia juga jangan takut kepada isu lama dan premis lama yang selalu digunakan untok mengekalkan status quo. Mereka yang tidak mahu kepada perubahan selalu suka menakut -nakutkan kerana itulah cara mereka mengekalkan pengaruh dan kuasa.

Source: http://myzaidibrahim.wordpress.com/

No comments: