Sunday, January 18, 2009

Anwar: KT bukti rakyat tolak kepimpinan Najib - Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI (SK)

Gambar ehsan The Star

KETUA UMUM KeADILan Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu membuktikan rakyat tidak lagi menerima Barisan Nasional dan kepimpinannya.

“Umno telah hilang kekuatan di kubu mereka sendiri. Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna rakyat menolak kepimpinan Najib (Razak),” kata Anwar.

Anwar menambah kekalahan BN juga adalah kekalahan peribadi Najib kerana sebelum ini dia berkata pilihanraya ini adalah kalah mati (do or die) bagi beliau.

Mengulas lanjut, Anwar berkata perpaduan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat merupakan faktor kemenangan di dalam pilihanraya ini.

“Kemenagan di Kuala Terengganu ialah kerana, Pas, KeADILan, DAP telah berkerja sebagai satu pasukan seperti mana yang ditunjukkan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu. Tahniah diucapkan kepada Pas dan Pakatan Rakyat,” kata Anwar kepada Suara Keadilan.

No comments: