KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh)

PAS ketika ini mendapat 23,956 undi berbanding BN - 21,884 undi. Manakala calon Bebas - 138 undi. Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.
Jumlah undi yang dikira setakat ini 41.42 peratus.
Manakala undi pos, PAS hanya meraihkan undi sebanyak 86 undi, dan BN - 1039 undi. Dan Bebas hanya mendapat satu undi.
Maklumat tidak rasmi itu dikeluarkan di Markaz Besar PAS di Kuala Ibai.
Turut kelihatan di markaz tersebut Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, dan pemimpin Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment