Tuesday, July 15, 2008

Debat Anwar - Ahmad Shabery - Jul 15, 2008

Tajuk debat: "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Debat ini yang bermula pada tepat jam 9 malam telah disiarkan secara langsung oleh TV9 dan Astro.

Debat dimulakan dengan kata-kata pembukaan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sdra Anwar memulakan dengan kata-kata Hari ini kita berkuasa, esok harga minyak akan turun sebanyak 50 sen iaitu RM2.20.

Sdra Anwar menyarankan supaya subsidi sebanyak 40% kepada IPP dikurangkan menjadi 20% supaya penjimatan sebanyak RM3 billion dana dapat digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Sdra Ahmad Shabery menyatakan bahawa beliau menyahut cabaran pendebatan sebagai mewakili kerajaan yang memerintah. Kenaikan harga minyak bukan kerana kerajaan yang salah kerana keadaan ekonomi dunia. Krisis minyak ini bukanlah kali yang pertama. Pada tahun 1974, perang teluk mengakibatkan harga minyak naik. Dan pada tahun itu juga Tun Razak menubuhkan Petronas. Beliau menuduh Sdra Anwar memalukan Tun Razak ketika itu dengan tunjuk perasaan semasa di universiti.

Sdra Anwar berkata pendebatan ini bukan antara Anwar dan Ahmad Shabery. Oleh itu beliau tidak ingin menyentuh soal peribadi. Mengenai dakwaan Ahmad bahawa kita mesti merujuk kepada negara seperti Norway, Venezuela, Sdra Anwar berkata Norway mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih tingi berbanding dengan Malaysia, justeru tidak patut dijadikan sebagai perbandingan. Sdra Anwar bertanyakan kenapa bantuan kepada orang miskin seperti nelayan dipangil subsidi walhal bantuan yang diberikan kepada MAS, Perwaja dan IPP dinamakan sebagai insentif?

Apabila ditanyakan oleh wakil Ahmad Shabery, Tan Sri Kadri Nordin, mengenai hasil revenue yang dibahagi-bahagikan kepada rakyat, Sdra Anwar membidas beliau kerana bukan bertanyakan soalan tapi memberikan ulasan sebaliknya. Sdra Anwar seterusnya menjawab bahawa dana Petronas tidak akan disentuh kerana ianya hak rakyat. Tapi dana yang digunakan sebagai insentif untuk membantu taukeh-taukeh besar patut dikurangkan. Lagi pun 50 sen yang dicadangkan bukannya angka yang besar.

Wakil Anwar Sdra Zul, pula bertanya apabila harga minyak naik dahulu, kerajaan berjanji akan memnggunakan wang yang dijimatkan untuk membantu rakyat. Tapi hasilnya tidak kelihatan. Dan pada bulan lepas bila harga minyak naik, banykak lagi penjimatan dapat dibuat. Tapi perbelanjaan untuk membantu rakyat tidak memadaia, kenapa?

Ahmad Shabery menjelaskan bahawa harga minyak dunia jauh lebih tinggi dan membidasnya kerana tidak mengikuti perkembangan terkini negara. Ahmad berkata kerajaan telah menggunakan penjimatan minyak ini untuk mengurangkan harga beras yang jauh lebih rendah dari negara Thai.

Sdra Anwar berkata kita pengeluar minyak dan bila harga minyak naik, keuntungan yang diperolehi sepatutnya dapat membantu rakyat miskin. Akan tetapi rakyat merasa resah kerana harga minyak naik makin membebankan mereka dan inflasi meningkat. Sdra Anwar membidas kerajaan bahawa kalau harga minyak di Malaysia dinaikkan kerajaan boleh menurunkan inflasi. Teori apakah ini, tanya Sdra Anwar.

Ahmad Shabery pula berkata bahawa kita tidak harus membandingan dengan negara pengeluar minyak lain.

Soalan Anwar kepada Ahmad Shabery:

Kenapa bandingkan harga minyak dengan negara lain? Siapa yang kata kita ambil dana Petronas. Kenapa kerajaan BN memungkiri janji sebelum pilihanraya bahawa harga minyak tidak akan naik tap naik dan membebankan rakyat?

Ahmad berkata harga minyak naik bukan satu perkara yang terpencil. Seterusnya beliau menyerang peribadi Anwar memnjalankan demonstrasi dan tidak mengambil apa-apa tindakan semasa beliau berada dalam kerajaan. Beliau juga menyerang Sdra Anwat kerana bersehaluan dengan cara IMF.

Soalan Dato Ahmad Shabery:

Kalau kita mengajar rakyat dengan harga yang rendah. Pada tahun 2015, minyak tiada lagi. Apakah harga minyak dapat dikurangkan pada masa itu?

Jawapan Anwar iaitu Ahmad Shabery masih tetap menyerang demonstrasinya tahun 1974. Beliau berkata beliau tetap akan pertahankan Petronas tapi menyerang kerajaan BN. Beliau mengaku bahawa beliau memang meluluskan IPP tapi beliau tidak pernah bersetuju dengan hargannya dan kerana itu Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan.

Beliau seterusnya berkata bahwa kalau sekiranya beliau ada melakukan kesalahan pada tahun 1990 beliau bertanya pada Ahmad apa yang kerajaan BN buat pada tahun 2008?
Beliau cuma bertanyakan bahawa beliau perlukan hanya RM2 bilion untuk menurunkan harga 50 sen? Beliau seterusnya berkata terdapat kebocoran dalam pemberian kontrak kerajaan yang menguntungkan kroni-kroni BN. Apakah, RM6 bilion yang diberikan itu, kerajaantidak boleh ambil RM1 bilion untuk membantu mengurangkan harga minyak?

Soalan Dato Johan: Rasanya tak perlu menjadi PM untuk membantu rakyat? Kenapa tidak sahaja memberikan sumbangan idea untuk membantu kerajaan.

Sdra Anwar berkata oleh kerana beliau bukan PM sebab itulah beliau datang untuk berdebat. Dan tambahnya, dalam sehari dua lagi beliau tidak tahu apa yang akan terjadi. Harga minyak telah naik sebanyak 8% dan beliau berkata kita sepatutnya tidak membandingkan dengan negara lain. Kita telah kehilangan banyak pelabur asing.

Ahamd Shabery berkata membidas Anwar dengan kata sinis. Beliau berkata sebelum pilihanraya harga minyak RM1.92 seliter dan bukannya 50 sen dari harga RM2.70. Beliau berkata keuntungan Petronas telah disalurkan kepada kerajaan dan Petronas menjadi kuat kerana kerajaan BN.

Kesimpulannya Sdra Anwar telah memberikan fakta-fakta yang bernas bagi menyokong hujahnya. Beliau membidas Ahmad Shabery yang sering menyerangnya denga isu peribadi yang mana beliau tidak mahu menjawab dalam TV yang terhad masanya.

"Negara lain seperti Venezuela dan Iran, harga minyak naik, inflasi meningkat. Tetapi di Malaysia, harga minyak naik, inflasi naik lebih tinggi." Anwar Ibrahim.

No comments: