Bukan Batu Puteh saja, maruah juga lama digadai
Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | May 24, 08 | 5:46:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh)
Bukan Pulau Batu Puteh sahaja yang terlepas kepada Singapura malah maruah dan kedaulatan negara ini juga telah lama tergadai kepada pulau itu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
"Umno tidak perlu lagi bercakap mengenai kedaulatan negara, maruah negara, hak istimewa Melayu, Dasar Ekonomi Baru atau apa sahaja. Hampir kesemuanya telah dipersembahkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada konco-konco Lee Kuan Yew," kata beliau ketika diminta menngulas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan pulau itu adalah milik Singapura.
Sebelum ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerajaan BN telah menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura dengan pembatalan jambatan bengkok dan pembukaan wilayah Malaysia kepada pulau sempit itu di Wilayah Pembangunan Iskandar.
"Kalau Pulau Batu Puteh direntap oleh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), maruah dan kedaulatan negara ini dipersembahkan sendiri oleh kerajaan Barisan Nasional kepada Malaysia.
Gadai maruah
"Keputusan mahkamah kita hormati. Tetapi bolehkah kita hormati keputusan membatalkan pembinaan jambatan bengkok yang sekaligus merupakan penyerahan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura?" beliau mempersoalkan.
Tidak ada siapa pun atau mana-mana mahkamah pun yang menyatakan Malaysia tidak berhak membina jambatan itu, tetapi kerajaan Umno dan BN telah membatalkannya kerana takut berhadapan dengan tekanan Singapura.
"Walaupun kita menghormati keputusannya, kita masih lagi berhak untuk merasa tidak puas hati kepada keputusan ICJ yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura semata-mata kerana surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas pulau itu dan kesilapan kerajaan Malaysia yang tidak tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu selama lebih 100 tahun. Sedangkan, kita baru 50 tahun merdeka dan Singapura pula pernah menjadi sebahagian dari Malaysia walaupun keluar pada tahun 1965.
Paling malang
"Tetapi, hari yang lebih malang dan paling malang kepada kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila kerajaan Umno dan BN mempersembahkan maruah dan kedaulatan negara ini kepada Singapura," katanya.
Menurut beliau, Malaysia terlalu banyak memberi kepada Singapura.
"Tidak megapa kita hanya mendapat batu yang tenggelam bila air pasang dan hanya boleh dilihat bila air surut (Batuan Tengah dan Tubir Selatan) kerana itu keputusan ICJ, walaupun Pulau Batu Puteh terletak hanya kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura," kata Mahfuz yang pernah berusaha memasang bendera Malaysia di Pulau Batu Puteh ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS dahulu setelah menyedari kerajaan Umno dan BN mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan benderanya di pulau sejak 1977 lagi.
Percubaan itu dihalang oleh polis Malaysia atas sebab keselamatan.
Tetapi, katanya lagi, dalam perkara yang tidak ada keputusan mahkamah pun Malaysia sentiasa mengalah kepada Singapura.
Tidak masuk akal
"Air kita dijual kepada mereka dengan harga yang tidak masuk akal dan memalukan. Adakah kita tidak malu kepada masyarakat antarabangsa kalau kiranya kita dituduh menjual air kepada Singapura dengan harga yang tidak akan diberikan oleh sesiapa sahaja yang siuman?
"Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang ada sekarang tidak henti-henti tunduk dan patuh kepada Singapura dan baru-baru ini Maybank yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membeli pula Bank Internasional Indonesia (BII) dengan harga yang dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran dari Sorak Financial Holdings yang dimiliki Fullerton Financial Holdings (75 peratus) dan dan Kookmin Bank (25 peratus). Fullerton ialah anak syarikat Temasek Holdings.
"Sukar dipercayai Maybank bertindak sendiri membuat keputusan tidak berhemah itu," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Semua Fellow Malaysians,
Singapura dapat PULAU, Malaysia dapat BATU, adohai Pak Lah sungguh malu tambah sedih. Apa sudah jadi kepada pemimpim pemimpim kita yang tergadai tanah air Malaysia di tangan negara kecil seperti Singapura. Semacam Harimau Malaysia sudah hilang taring kepada Singa"pura". Padahal rakyat Malaysia faham Singapura pasti menang di ICJ sebab sebab kelemahan kelemahan kerajaan BN menjaga semua pulau pulau diseluruh Malaysia, Sabah dan Sawarak. Oleh itu Singapura mengambil kesempatan tolong menjaga Pulau Batu Puteh yang langsung kerajaan Malaysia tidak ambil perhatian selama 100 tahun ini.
Adohai, Pak Rais Yatim bilang Malaysia dapat BATU Tengah (Middle Rocks) dalam kedudukan "WIN WIN" untuk "console" sendiri dari muka malu serta kemarahan rakyat terhadap beliau yang kalah ditangan peguam peguam handal dari Singapura. Patut Pak Rais mesti bertanggung jawab berat atas kehilangan Pulau Batu Puteh dimana beliau bilang Malaysia pasti menang sebelum ini yang amat mengelirukan Raja-raja Melayu dan rakyat Malaysia.
Syabas kepada kerajaan Singapura yang sungguh bersih, cekap dan amanah yang dihormati oleh ICJ. Ini pasal kata pepatah Melayu, "lembu punya susu, sapi dapat nama".
Rakyat Malaysia menyokong Saudara YB Lim Kit Siang menyoal pasal pendatang tanpa izin (illegal immigrants) yang sangat banyak melebihi penduduk penduduk tempatan Sabah. Oleh itu, Projek IC yang dilancarkan oleh kerajaan Sabah agak lemah. Oleh itu, rakyat Malaysia termasuk Sabah amat risau bahawa negeri Sabah kita tergadai di tangan penduduk penduduk perlarian tanpa izin yang berjuta juta kini di Sabah. Apakah kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak tidak risau pasal kedudukan keselamatan dan kehormanian rakyat Sabah kini. Lambat laun, rakyat Malaysia bimbang negara Indonesia atau Filipina akan pergi ICJ supaya Sabah dituntut oleh rakyat tanpa izin di kedua dua negara tersebut. Mana tahu, penduduk penduduk tempatan Sabah akan hilang di bumi Sabah and tanah Sabah akan tergadai pulak.
Rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat dan PBS supaya menyuarakan di Parliamen untuk penubuhan Royal Commissions oleh Yang DiPertuan Agong bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu isu pendatang tanpa izin dari Indonesia dan Filipina di Sabah serta menjaga kedaulatan dan kewibawaan negeri Sabah dan negara Malaysia. Rakyat Malaysia tidak kira kaum, ugama, fahaman politk dan social patut bersuara kuat dalam isu isu ini supaya kerajaan BN masih tidak sedar genting genting bahaya nya kedudukan social di Sabah kini kalau tidak diambil perhatian serius oleh semua MP di Parliamen. Bukan saja kita bilang hak-hak Bumiputra dan hak hak bukan Melayu di Sabah hilang di tangan pendatang tanpa izin di masa akan datang kalau kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak selama 50 tahun dan akan tidur selama 50 tahun lagi.
Jangan pulak, Orang tanpa izin dapat tanah Sabah, Orang tempatan dapat sejarah Sabah, Negeri Sabah kita tergadai tak lama lagi.
Selamatkan Sabah sekarang sebelum terlambat. Insyaallah !
Dari Rakyat Malaysia, Sabah, Sawarak dan
Anak Bangsa Malaysia.
Post a Comment