KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) -
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.
Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.
"Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.
"Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan," ujarnya.
Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.
Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment