Feb 11, 09 1:40pm
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.
Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah:
* Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
* YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
* Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
* Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
* Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
* Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
* Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.
"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..
"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kerajaan Pakatan Perak berjiwa rakyat yang berwibawa dan mulia berbanding dengan kerajaan dulu yang kotor dan korup. Cuba tanya semua anak anak Melayu, Cina, India dan Orang Asli Perak bahawa kerajaan negeri Perak dalam jajahan YB Mohd Nizar sungguh adil saksama dan perhatian rakyat jelata.
Rakyat Malaysia sudah dengar kuat suara kesakitan YB Mohd Nizar alah Hang Jebat bahawa “Patek menyembah mohon derhaka!” kepada Sultan agar kuasa mutlak demokrasi diberi balik kepadan Ketuanan Rakyat supaya dapat memilih wakil-wakil rakyat yang bersih dan berwibawa di negeri Perak. Alangkah sedih suara rakyat di jajahan Perak dibuang sia-sia ajar oleh dalang dalang politikus-politikus Melayu moden terutama dalam Ketuanan UMNO kini yang anggap orang orang Melayu bertopi putih dengan lebai panjang dan angkat lambang bulan itu kolot, bodoh dan tak layak jadi Menteri Besar. Sungguh malang kasi YB Nizar bersembah mohon derhaka kepada Sultan yang berilmu undang undang tinggi yang ternama supaya kuasa rakyat beliau di beri peluang untuk menentukan masa depan kerajaan negeri Perak dan demokrasi mereka.
Ini peristiwa termalu hitam di negara Malaysia dimana semua rakyat lihat, dengar and baca bahawa kesucian kereta mewah Baginda dilontar batu, kasut, tin kosong dan kayu di Istana sendiri sempena rampasan kuasa kerajaan negeri Perak oleh waiting Perdana Menteri dan kuncu kuncu UMNO. Adakah benar bahawa pihak berkuasa ambil tindak balas menembak peluru tear gas di halaman masjid tanpa malu malu seperti tindakan liar di Gaza City akan ulang di masjid Kuala Kangsar. Adakah Melayu moden punyai hak-hak lebih tinngi dari orang berilmu agama yang tidak layak jadi MB. Adakah MB Tak Sah kurang ajar - Melayu berilmu IT tinggi lebih bijak dari MB pilihan rakyat Melayu berilmu agama dan kejuruteraan lebih bodoh kini selepas memerintah kerajaan negeri Perak selama 10 bulan tumbang pasal Melayu BN guna kuasa kotor membeli Katak Katak lompat ke BN atau mempermainkan rampasan kuasa kini atas arahan Sultan bukan Ketuanan Melayu UMNO yang cuba guna taktik kotor agar rakyat Perak akan menderhaka bukan UMNO tapi Sultan sendiri.
Demikian lah nasib orang orang Melayu yang di anggap bodoh boleh di beli dengan duit RM200 untuk jadi KATAK LOMPAT sini sana, sembah Tun M dulu dulu sebelum buang UMNO kotor and korupt kini.
Sekali lagi Rakyat Perak Jebat akan sorak “Patek menyembah mohon derhaka!” agar kuasa mutklak rakyat di kurniakan balik untuk memerintah semula dengan pilihan rakyat Perak sendiri tanpa kacau dari mana mana pihak termulia yang disanjung tinggi oleh rakyat jelata.
Sekian InsyAllah.
Anak Orang Asli Perak
Post a Comment