Sunday, February 8, 2009

Sokongan Rakyat Perak Ke Atas Kepimpinan Dato Seri Nizar


Feb 8, 2009 By YB Dato Seri Anwar Ibrahim

Rakyat Perak telahpun membuktikan bahawa mereka tidak bersetuju dan tidak mengiktiraf pembentukan sebuah kerajaan negeri selain dari yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar. Manipulasi BN yang digerakkan dari luar oleh Dato Najib disanggah keras kerana cuba mencampuri urusan rakyat Negeri Perak. Saya mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Perak kerana tetap kekal istiqamah bersama Pakatan Rakyat. Percayalah dengan sokongan yang melintasi garis sempadan perkauman, Perubahan yang kita janjikan pasti terlaksana.

Seperti yang dijangka media massa yang dikawal Umno-BN akan sedaya upaya memesongkan rakyat dari maklumat yang benar. Gambaran buruk sedemikan rupa cuba dipaparkan kononnya pendokong Pakatan Rakyat menderhaka kepada Paduka Sri Sultan Perak. Lupakah mereka kepada krisis Perlembagaan 1983 dan1993? Bagaimana Raja-Raja Melayu diaibkan oleh Umno? Ingatkah tatkala berlakunya krisis pelantikan MB Terengganu seusai PRU12 Mac 2008 lepas, bagaimana YDP Agong dicemuh dengan kata kesat oleh mereka?

Sedangkan apa yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Perak pimpinan Dato Seri Nizar dan juga Pakatan Rakyat senantiasa berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan dan amalan Demokrasi Berparlimen. Kita tuntas menegaskan sebarang perubahan baik diperingkat negeri mahupun pusat mestilah dilakukan melalui Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Bukannya melalui politik konspirasi yang membelakangkan hasrat Rakyat.

Jelaslah sekarang ini segala perubahan yang kononnya diwar-warkan oleh Umno-BN hanya lah kosmetik semata. Kepada mereka yang berharap Umno-BN akan melakukan perubahan, jangkaan mereka ternyata meleset dulu, kini dan selamanya.

ANWAR IBRAHIM

3 comments:

Anonymous said...

Wahai Pakatan Rakyat, pemimpin kamu mencanangkan 16 September, kejar mengejar Ahli Parlimen BN hingga ke Taiwan. Ini kerja kamu dan pemimpin kamu, nak tubuh kerajaan cara lompat parti.Kamu bersorak riang bila YB Nasa masuk PR, langsung tak ada cakap nak buat pilihanraya kecil, itu tindakan demokratik.Bila 3 YB kamu keluar jadi ahli Bebas, kamu menjerit minta adakan pilihanraya.Wah-wah, bila untung kamu, kamu gembira, bila merugikan kamu ia jadi salah. Sedarlah PR kamu gagal mengurus sesama sendiri.Kelemahan kamu sendiri menyebabkan kamu hilang negeri Perak.Orang BN tidak rakus, jika kamu yang dapat ambil kerajaan persekutuan cara Anwar tempoh hari, kamu akan ceroboh Putrajaya sebelum angkat sumpah lagi.Kamu segerombolan manusia yang telah dibutakan mata dan hati oleh Anwar.

aezol said...

Sedih bila Anselmo berpandangan begini! Mungkin dia tidak nampak dengan jelas. Walaupun PR kata dia nak tarik orang BN masuk PR, tapi dia tak buat pun (hanya baru rancangan yang berkali-kali dipertimbang dan difikirkan semula). Tapi yang jelasnya BNlah yang dengan rakusnya telah tarik orang PR menyokongnya sehingga menumbangkan kerajaan Perak baru-baru ini. Dalam Islam, jika sekiranya seseorang berniat jahat sekali pun, selagi dia belum melakukan 'kejahatan' itu dia belum lagi dikira berdosa oleh Allah (itulah PR!). Tapi bagaimana dengan orang BN yang telah dengan terang melakukan 'kejahatan' itu!

NFA said...

Wahai sdr aezol, kamu yang tidak memahami anselmo. PR yang pukul gendang tang kemasukkan YB Nasa dan kamu nafikan dan kata BN yang buat. Nampak sangat kedaifan kamu yang taksub sangat dengan seseorang. Walau apa dia buat adalah halal dan yang baik tapi bila orang lain buat semua tak betul. Jangan kamu ingat kamu dapat syurga dengan sokong orang yang sedemikian. Mungkin awaklah yang akan dilaknatkan keneraka terlebih dahulu. Harap kamu insaf. Assalammualaikum