Thursday, May 1, 2008

"Pandikar silap" MP Bukit Bendera - klpos.com

Oleh Faisal Mustaffa
Khamis, 01 Mei 2008

KL: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mengagnggap Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin telah membuat kesilapan yang besar semasa membuat keputusan semasa pesidangan hari petrtama Parlimen hari ini.

Tan Sri Pandikar Amin membuat keputusan bahawa soalan-soalan tambahan tidak akan dilayan dengan alasan masa tidak mencukupi.

"Keputusan Speaker tersebut salah dari segi prinsip dan tradisi sistem berparlimen Westminster yang diamalkan di Malaysia", jelas Chin Tong melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, dalam tradisi sistem berparlimen Westminster dan mengikut kebiasaan Parlimen Malaysia, biasanya sekurang-kurangnya dua soalan tambahan akan dilayani oleh Tuan Speaker.

"Pada dasarnya, peluang untuk menanyakan soalan tambahan yang pertama biasanya diberi keutamaan kepada Ahli yang megemukakan Soalan Asal," jelas Chin Tong lagi.

Dalam parlimen-parlimen yang mengamalkan sistemWestminster yang sebenarnya, Soalan Tambahan adalah soalan yang bertujuan menguji keupayaan atau kecekapan Wakil Kerajaan, sama ada Menteri ataupun Timbalan Menteri, dalam menangani soalan and tekanan daripada Ahli-Ahli Parlimen.

Soalan tambahan kedua biasanya dibuka kepadaAhli yang dapat "menarik perhatian Tuan Speaker" ('catch the Speaker's eyes').

"Oleh itu, Speaker Parlimen harus mengkaji balik keputusan tersebut supaya Parlimen Malaysia tidak diketawakan oleh komuniti antarabangsa", tambahnya lagi yang pertama kali bertanding dan menang dalam pilihanraya yang baru lalu.

No comments: