Wednesday, August 20, 2008

BPR tahan 2 exco Perak, taktik BN lemahkan kerajaan negeri - Suara Keadilan

Rabu, 20 Ogos 2008

Dua orang exco kerajaan Negeri Perak ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) termasuk menahan enam orang lagi kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam berusia antara 45 hingga 57 tahun termasuk tiga suspek terdiri dari anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta dan kenyataan BPR bahawa mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

“Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara,” kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

“Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung? Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan selama ini kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?” soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan,sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

“Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri,” tambahnya.

Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman. Seorang daripada mereka dipercayai bekas
ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat.Lima daripada mereka ditahan reman selama tiga hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.

No comments: