May 2, 08 12:27pm
kemaskini 6:28pm
Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamaruddin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya yang menyentuh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Seramai lapan anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.
Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.
Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya.
Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Katanya, polis memberitahunya bahawa beliau disiasat bawah Akta Hasutan.
Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah siber di Bukit Perdana jam 4 petang dan dibebaskan lebih dua jam kemudian, kira-kira 6.20 petang.
Ketika dihubungi, Victor berkata, laporan terhadap Raja Petra dibuat oleh ketua pegawai penyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia itu, Supt Gan Tack Guan.
Dalam laporan Gan itu, tulisan Raja Petra didakwa berunsur hasutan dan sesiapa sahaja yang membacanya, boleh mempercayai apa yang ditulisnya.
Tulisan Raja Petra juga dianggap sebagai komen sebelum penghakiman kes tersebut dibuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment