Friday, April 25, 2008

Keris: Hisham mohon maaf - Malaysiakini

Apr 25, 08 7:48pm

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata beliau bertanggungjawab dan memohon maaf jika keris Panca Warisan telah menjejaskan keputusan bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang lalu.

"Saya minta maaf pada orang bukan Melayu kerana telah menakut-nakutkan mereka dan kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan simbol warisan orang Melayu.

"Saya bukan angkuh dan sombong yang tidak boleh memohon maaf dari orang lain," katanya dalam sidang selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN di ibunegara hari ini.

Menurutnya, isu keris Panca Warisan dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat tersebut.

"Kita boleh luahkan apa sahaja yang hendak diluakan dan kita tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak, dan dalam masa yang sama, kita tidak ada penafian dalam kejadian yang berlaku," tambahnya.

1 comment:

Billgates said...

Kerismuddin,

Don't you ever ever threaten the non-malays with the keris again.