KUALA LUMPUR 24 April, 2008
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.
Timbalan Perdana Menteri berkata, semua anggota BN termasuk dari parti-parti komponen diminta agar taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara.
“BN jugalah yang telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya baru-baru ini kerana mereka bertanding atas tiket BN.
“Mereka perlu menaruh keyakinan bahawa masa depan negara kita akan lebih terjamin dengan BN,” katanya ketika mengulas tindakan Lee yang bertindak meninggalkan Gerakan kerana menerima tawaran dari kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment